Followers

Tuesday, August 23, 2011

seronok kan bila ada kakak yang dah keje

assalamualaikum.



saya bukan nak bagitau yang hidup saya sekarang senang lenang sebab kak long saya dah keje. langsung tak ada kait. tapi sekadar nak buat entry untuk menyedarkan diri sendiri supaya lebih bersyukur dengan keadaan sekarang. tak de ape pun yang ketara sebenarnya. cuma tak sesempit dulu lah before kak long keje. dulu susah nak dapat sesuatu benda yang diingin kan. [ susah nak mintak kat ayah sebenarnye..] huhu. even hp baling anjing pun.. (tak payah la nak mengharap.)


tapi semenjak kak long dah keje, keadaan dah berubah. sometimes tu ade la jugak kitorang mengepau kak long, mintak belikan itulah, inilah. macam-macam hal lah! saya faham baru keje kan, sure lah kak long sendiri nak stabil kan hidup dia, nak simpan duit untuk kawen, untuk masa depan dia. so tak nak lah melampau sangat mengepau kak long . tapi kak long cool je. macam mane cara pun, kak long tetap cuba usahakan  demi kami, adik2 dia. sobsob. ni yang sangat saya terharu. kak long memang sangat baik hati lah sebab kadang2 tak mintak pun dapat. 


yang seronok nye, setiap kali kak long balik mesti bawak kami pegi shopping. bawak pegi jalan2. bawak pegi karok. bawak pegi tengok wayang. seronok kan. kalau dulu, setiap kali cuti sem, nak balik kampung kene naik bas. tapi semenjak kak long dah keje ni tak de dah susah-susah mintak Pokjak belikan tiket bas. "nanti nak balik call je kak long. tak payah naik bas lagi. naik bas sekarang ni bahaya. nanti kak long jemput." macam tu lah lebih kurang ayat yang kak long cakap ari tuh.


tak terbayang dalam minda saya kalau saya tak ada kakak macam kak long saya. lagi tak terbayang kalau saya dilahirkan sebagai kakak yang sulung untuk adik-adik . macam mane lah agaknye saya sebagai kak long. yang pasti, tak sehebat kak long saya menghandle adik-adik yang macam kami ni. sebab tu lah saya bersyukur sangat ada kakak yang sangat ambil berat, macam kak long. 





. sayang kak long banyak-banyak .




kak long, sorry kalau banyak menyusahkan. thanks for everything!
we love u!


thank you for reading.


3 comments:

AIN SYAFIQA AZMI said...

wah untungnyee....=)

aziey nasrudin said...

memang.. syukur alhamdulillah :)

emydiaz3 said...

best nye mcm tue..nak jugak =p