Followers

Monday, August 15, 2011

sabar itu terlalu indah

assalamualaikum.


Allah berfirman yang bermaksud: ."Sesungguhnya Kami akan menguji kamu sekalian dengan satu cubaan berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan tanam-tanaman. Berikanlah khabar gembira kepada orang yang bersabar iaitu ketika mereka ditimpa musibah mereka berkata: 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali.' Mereka orang yang mendapat kurnia , kehormatan dan rahmat Tuhan dan merekalah orang yang mendapat hidayah." (Surah al-Baqarah, ayat 155 hingga 157)


hari demi hari yang saya lalui, memberi kesedaran kepada saya untuk terus memupuk sifat sabar dalam diri. Alhamdulillah, segala ujian dari Allah dapat saya tempuhi dengan sabar. mudah-mudahan juga untuk hari-hari seterusnya, dan seterusnya, dan seterusnya...dan saya bersyukur Allah telah temukan saya dengan seorang hambaNya yang terlalu banyak mengajar saya tentang kesabaran. Terima kasih Ya Allah.


somehow, setiap ujian yang diberikan oleh Allah , itulah guru yang terbaik. sebab ujian itu sangat mengajar dan mendidik . tak kira sebesar atau sekecil mana pun ujian itu, pasti mempunyai maksud tertentu. Tapi, kerana jahilnya kita, kadang-kadang kita rasakan bahawa perancangan Allah itu tak adil walhal kita akui bahawa Dialah Yang Maha Adil.


Sabarlah. Apa pun yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya. kawan saya, Zwen selalu cakap "things happen for a reason"Sesungguhnya Allah Maha Pengasih. Jauh sekali  Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hambaNya. jadi, tugas kita adalah untuk mencari hikmah tersebut. saya akui, ujian yang Allah datangkan kepada saya sebenarnya banyak melatih diri saya untuk jadi lebih matang dalam menjalani hidup. Ia menjadi peringatan untuk saya lebih mendekatkan diri kepada Yang Esa.


kalau anda masih ingat salah satu dialog dalam filem Syurga Cinta, "kadang-kadang Allah hilangkan matahari dan didatangkan petir dan kilat. kita tertanya-tanya ke mana  hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi," cukup untuk membuktikan bahawa setiap apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.


Jadi janganlah cepat melenting atau marah jika sesuatu yang datang sebagai ujian menghilangkan kesabaran kita. Abu Hurairah al-Bahili meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan isi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat."





**Selamat menjalani ibadah puasa**
**mudah-mudahan diberi rahmat oleh Yang Esa di Bulan Ramadhan yang mulia ini**
**Permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah...**



thank you for reading.

2 comments:

Einaz Shah Rizal Thomas said...

SELAMAT BERPUASA KE 16 ;d

aziey nasrudin said...

Ramadhan Kareem... Allahu Akram :)